facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Telefon Hilang? Ini Caranya, Hanya Gunakan 'Google Search' Comfirm Jumpa!


Pernah tak terjadi situasi sedemikian? Bila telefon bimbit hilang atau tersalah letak, tak tentu arah jadinya. 


Nasib masih baik jika ia hanyalah terselit di mana-mana kawasan sekitar anda sahaja seperti rumah atau pun pejabat. Namun, jika benar-benar keciciran ketika sedang shopping bagaimana pula?


Jangan risau kerana ada cara paling mudah untuk para pengguna Android ya untuk mengetahui lokasi telefon anda. Hanya menggunakan carian Google!



Biar betul? Seperti yang dipaparkan menerusi laman Business Insider, anda hanya perlu:


1. Membuka laman Google di laptop mahupun tablet anda.

2. Log in menggunakan akaun yang sama di telefon pintar anda.

3. Taip 'Where's my phone?" di carian Google. 


Nah, sekarang Google akan mengenalpasti lokasi telefon anda hanya dengan semudah ABC. Tak perlu guna applikasi apa-apa pun!


Bila Google menjumpai lokasi telefon bimbit anda, anda boleh menekan butang untuk menguncinya, biar ia berdering dan menghantar mesej ke telefon tersebut. Ia tetap berfungsi walaupun telefon telah disetkan 'senyap' atau silent. 


Berguna kan? Jadi jangan lupa 'share' dengan rakan-rakan anda. - CARI  


Blog Archive