facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Jual Lauk Ikan Berulat, Wanita Ini Dedahkan Video & Sikap Tuan Kedai Makan...

VIDEO) Jual Lauk Ikan Berulat, Wanita Ini Dedahkan Video & Sikap Tuan Kedai Makan


Seorang wanita terkejut apabila melihat ulat berjalan-jalan pada tulang ikan yang dimakannya di sebuah kedai makan (food courtNasi Lemak Berlauk, Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan.
Semalam Ferl Mohammad telah berkongsi melalui laman sosial Facebook mendakwa beliau makan lauk ikan dan apabila lauk ikan tersebut sedikit tersisa, beliau ternampak ulat berjalan-jalan pada tulang ikan tersebut.

Terkejut dengan ikan yang dimakannya berulat, wanita itu mengadu kepada tuan kedai, namun tuan kedai seolah-olah tidak ingin tahu dengan masalah ikan yang berulat dan wanita itu mendakwa anak atau saudara kepada tuan kedai sangat kurang ajar kepadanya.
“Tolong viralkan. Jijik kotor. Langsung Tak jaga kualiti makanan…. Pleasssse jangan makan dekat foodcourt Mydin seremban 2 NASI LEMAK BERLAUK NIE. Kotor…
Saya baru lepas makan. Ikan dah nak habis makan dah. Nampak ulat berjalan-jalan dekat tulang ikan… Tengok la video yang saya record. Owner kedai buat tak tau. Anak or saudara owner kurang ajar. Coz rawatan sakit aku nanti memang tak la kau nak bayar.” – Ferl Mohammad
Isu ulat di dalam ikan ini menjadi viral di laman sosial dan pelbagai reaksi oleh netizen dengan isu ini. Ada juga netizen yang mendakwa kenal dengan tuan kedai ini dan memberitahu tuan kedai adalah seorang yang baik dan selalu menjadi mangsa yang dianiaya dalam perniagaan sebegini.

VIDEO LAUK IKAN ADA ULAT BERJALAN-JALAN



Food Court Nasi Lemak Berlauk, Mydin Seremban 2 Ditutup Sementara

Awal petang tadi, sekali lagi Ferl Mohammad memuatnaik status di laman sosial memberitahu isu yang diviralkan ini menampakkan hasil apabila food court Nasi Lemak Berlauk, Mydin Seremban 2 itu telah ditutup sementara waktu.
“Viral semalam…..
Kes semalam saya makan di food court mydin sermban 2 dengan ikan kembung yg berulat…
Terima kasih kepada pihak Mydin Seremban 2 kerana bekerjasama dgn saya untuk tutup sementara food court ini sementara waktu, bagi kerja-kerja pembersihan food court… tehpanas.com
Harap pihak tertentu mengambil tindakan serious DLM kes saya INI…. Kesian pada anak2 kecil yang makan makanan di sini kalau pihak food court tidak menjaga kebersihan dgn baik….
Kerjasama anda amat saya hargai…” – Ferl Mohammad

Blog Archive