facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Cuba Korang Zoom 4 Kali Kat Gambar ni. Korang Tengok Siapa Kat Gambar Bulat Tu

Subhanallah , 1 Kelibat Lembaga Halus Berada Semasa Aksiden Berlaku Di Masjid Johor

 

Bukan Sekadar Bunyikan Hon, Saksi Dedah Kisah Sebenar Jemaah Masjid Pukul Pemandu Kereta Cina
Beberapa jam lepas viral beberapa video yang kelihatan orang ramai memukul sebuah kereta jenis Toyota Camry sehingga pecah cermin kereta belakang. Bukan setakat itu sahaja, sebaik sahaja kereta itu berjaya dihentikan, pemandu kereta itu(dipercayai bangsa cina) turut dibelasah orang ramai di luar Surau Austin Perdana.

Hasil maklumat awal, kejadian itu berpunca apabila pemandu cina berkenaan membunyikan hon tanpa henti sehingga mengganggu para jemaah, dari bermula sembahyang jumaat hingga selesai solat.

Tindakan pemandu Toyota Camry itu membunyikan hon dipercayai gara-gara keretanya tidak dapat melalui kawasan tersebut ekoran dihalang beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan sekitar masjid itu.

Keadaan makin kecoh apabila para jemaah berang dan bertindak menyerang kereta pemandu Toyota Camry itu hingga pecah cermin belakang. Malah tidak cukup dengan itu, pemandu cina berkenaan yang memakai baju berwarna merah turut ditarik keluar sebelum dibelasah teruk menggunakan kon.

Jurucakap polis Setia Indah mengesahkan telah menerima laporan, namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, punca kejadian masih lagi disiasat.


Bukan Sekadar Bunyikan Hon, Saksi Dedah Kisah Sebenar

Seorang lelaki dibelasah orang ramai yang didakwa telah membunyikan hon dan terlanggar seorang lelaki dalam kejadian tengah hari tadi. 
“Kesnya, pemandu kereta Camry tak dapat jalan sebab orang tengah sembahyang Jumaat. Masa tengah sembahyang, dia bunyikan hon lama-lama. 
“Selepas isteri dia siap sound-sound, orang-orang yang baru balik sembahyang pukul kereta dia sampai pecah cermin belakang. Pemandu kereta itu juga dibelasah sekali,” tulis Amirul.
Walau bagaimanapun, Amirul tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dan sepatutnya kedua-dua pihak bersabar.
“Lagipun baru lepas sembahyang, tak patut buat begitu,” tulisnya di Facebooknya.
Menurut seorang lagi saksi, Luqman Shahidan, ketika mengundurkan kenderaan, salah seorang lelaki dilanggar sehingga terjatuh dan terbaring menyebabkan orang ramai berang lalu bertindak sedemikian.

Blog Archive