facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Terkejut Besar! Lelaki Pesan Fish & Chips Tapi Dapat Ikan Bilis Saja...


Hasrat nak memanjakan diri dan menikmati makanan di restoran mewah menjadi sebaliknya pula. Tak tahu sama ada ia merupakan satu kisah yang lucu atau tidak.

Namun, bagi empunya diri pastinya ia menjadi satu kejutan besar. Masakan tidak, makanan yang dipesan rupanya bukanlah satu hidangan yang diidamkan, sebaliknya cumalah makanan yang boleh dipanggil 'hanya celah gigi sahaja'.

Itulah yang terjadi kepada netizen ini yang memesan fish & chips ketika berada di sebuah restoran di Marina Bay, Singapura. 


Hidangan yang didapatinya sangat memeranjatkan kerana memang ia hanyalah ikan bilis yang didatangkan bersekali dengan hirisan kentang dan juga lemon. 

"Saya dengan gembiranya order Fish and Chips. Mulanya saya ingat ia cuma hidangan pembuka selera. 

"Namun ia merupakan hidangan yang berharga SGD17.50 atau RM54.31! Ia ibarat membeli sebuah kereta namun anda cuma diberikan kereta mainan dengan harga yang sama!"

Begitulah luahan netizen yang dikenali sebagai Jaze Phua ini di laman Facebook miliknya. 

Disebabkan itu, gambar tersebut menjadi viral sehingga dikongsikan hampir 7,000 kali buat masa ini. 

Ramai yang seakan sukar percaya mengapa Jaze sanggup membayar harga sebegitu mahal untuk hidangan ikan bilis itu. 

"Ini ialah ikan bilis dan juga kepingan kentang kan?"

"Memang gila, ikan bilis dan kentang, macam mana boleh jadi hidangan utama? Awak tak rasa kena tipu ke?"

Blog Archive